Ahlan wa sahlan diucapkan kpd rombongan kerajaan Kelantan ke bumi Mesir ini,semoga hubungan yg bertaut ini kan berkekalan.
Adalah diharapkan semoga dgn pendedahan dan tunjuk ajar yg diberikan dpt membuatkan kita lebih matang,tidak gelojoh dlm membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan kesannya kpd semua.
JazakumulLahu khairan kathira..
Thursday, July 24, 2008
Selamat Datang ke Ardh al-Kinanah..
Posted by belakang hadiqah at 6:01 AM 0 comments
Labels: santai
Thursday, July 17, 2008
Peristiwa Penting di Bulan Rejab
Oleh: tik-tok
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
PERISTIWA PENTING DIBULAN REJAB
Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Posted by belakang hadiqah at 12:15 PM 0 comments
Labels: ilmiah
Wednesday, July 16, 2008
Analisa Debat dan Hujah..
Sebentar td brlalu sudah forum debat antara DSAI dan Dato' Shaberi Cheek.Umum mengetahui,wakil2 kerajaan bukanlah tandingan,terutama ketika berhadapan lawan seperti DSAI,Dr. Syed Azman mahupun YB Mahfuz.
Akan tetapi,tidakkah terfikir di benak pemimpin2 ini utk menyediakn serba sedikit persediaan bg menghadapi debat2 ini?Kita telah dimalukan dgn insiden copy & paste di dalam kes Pulau Batu Putih@Pedra Branca,apakah di dalam program2 yg ternyata ditonton oleh rakyat kebanyakan turut disajikan "persembahan" yg serupa? Ternyata,golongan ini tidak pernah terlintas utk membela kita,marhaen yg trtindas.
Justeru,marilah kita sama2 lupakn sengketa kecil antara kita,tumpukn kpd ahli keluarga yg masih dibelenggu gelombang biru pekat yg memekakkan, membisukan serta membutakan mata dr melihat kebenaran..
Ya Allah,berikanlah hidayah kpd kaum kerabat kami,kerana sesungguhnya mereka masih tidak mengetahui kebenaran..
Posted by belakang hadiqah at 1:28 AM 0 comments
Labels: Politik
Monday, July 14, 2008
Tahliil Mahal al-Nizaa'...
Sehingga hari ini,masih lg kedengaran ttg isu ketuanan Melayu di Malaysia. Apakah di dalam Islam tidak dibincangkan langsung ttg perkara-perkara berhubung nasib kaum minoriti yg tertindas secara fizikal mahupun mental? Adakah ulama'-ulama' Islam diam membisu tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan ttg perkara ini? Adakah masyarakat Melayu di Malaysia benar-benar "selamat" dengan keadaan politik cacamarba masa kini? Mengapakah Saidina Abu Bakar r.a. mengeluarkan kata-kata bahawa pemimpin umat Islam selepas Rasulullah S.A.W. mestilah terdiri dari kaum Quraisy? Yang manakah lebih penting untuk didahulukan, Islam ataupun soal ketuanan Melayu? Siapakah yg perlu bertanggungjawap di dalam masalah ini, khususnya dari kalangan parti-parti politik di Malaysia?
Sama-sama kita nantikan hasil kajian kami tidak lama lg..Semoga Allah menjadikan ia sebagai salah satu panduan utk kita menjauhkan perkara-perkara yg mampu merenggangkan ukhuwah sesama kita,insya Allah.
Posted by belakang hadiqah at 1:26 PM 0 comments
Labels: ilmiah
Sunday, July 13, 2008
jom makan nasi...
aku baru ja nk taip..tiba2 depa ajak makan..jd terpaksa la aku batalkan niat aku buat sementara waktu..inilah kelaziman umh kami..makan bersama2..time masak x la bersama sgt..bkn x mau bersama time masak..saiz dapur yg agak sempit yg menyebabkn kmi x dapat bersama...hehe..k makan dulu...
Posted by belakang hadiqah at 10:50 PM 0 comments
Labels: santai
Promosi Mai Ghumah Baru
Yang best lagi sejak kami mula dok sini kawan-kawan mai x putus-putus... jadi mana2 lagi yg x pernah mai silalah mai kita layan sejenak tapi kena tidoq sini la baru best....
Posted by belakang hadiqah at 9:57 PM 0 comments
Labels: santai
Innalillah..Takziah wat kuarga Megat..

Sudah seminggu berlalu,teman sebangku dan semeja kami telah meninggalkan dunia buat selama2nya..Arwah didera dgn begitu sadis sehingga menghembuskan nafasnya yg terakhir di sebuah pusat pemulihan, Kajang. Semoga Allah mencucuri roh beliau dan menempatkannya di kalangan hamba2-Nya yg beriman...Al-Fatihah..
sumber : http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20080712103536/Article
Posted by belakang hadiqah at 1:19 AM 0 comments
Labels: berita
Saturday, July 12, 2008
Hari Ini Dlm Sejarah..
Alhamdulillah,setelah berpuluh riban kali dipujuk,akhirnya incik Wahid mai tidoq jugak kat umah km,setelah dihuloqkn bntl peta 18 benua oleh incik Am,membuatkn beliau terkulai layu,tak berkata2..apa pn,syabas buat kru2 umah blkg hadiqah,anda tlh mmbuktikan bahawa umah ni masih lg ada dlm peta dunia..
Kpd semua kkwn sana,mai jgn tak mai umah km.Jgn riso,km tk kenakn cas perkhidmatan pn,gula sekilo pn tak payah bwk mai,cuma bwk Chipsy 3 bungkus,KFC 1 bucket,nasik mandi setalam dah cukup wat kami.Kami kan terima seadanya..:D
Wat bbudak kat luaq sana,jgn main kasaq-kasaq sgt,nk bergaduh pn,sket2 dahla..balik M'sia nnti nk berguling ka,apa ka,buatla no..
Salam wat semua.
Posted by belakang hadiqah at 2:36 PM 0 comments
Labels: santai
Pengenalan..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah dengan penat lelah kami berjaya gak buat blog nie... orang len buat kami pn nak buat gak tapi bukan kritik cuma kritis skit2 ja...kami pn bukannya sempoi mana tapi sekadar mencuba sambil menceritakan isi hati kami dalam nie... ok jumpa lagi..
Posted by belakang hadiqah at 10:39 AM 0 comments
Labels: santai
